Sunday 26 November 2017

Majlis Konvokesyen Tadika Genius Ilmu Bestari 2017

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, 25.11.2017, berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika Genius Ilmu Bestari 2017. Tahun ni, 2 orang anak saya yang berumur 5 dan 6 tahun diraikan. Tahun lepas, anak sulung saya yang berumur 5 tahun sepatutnya ada juga majlis konvokesyen, tapi disebabkan kekangan masa, kesihatan dan kewangan, kami tak dapat menghadirkan diri. Tahun ni, byk juga cabarannya, tapi memandangkan ini tahun terakhir mereka dan setelah tamat majlis ni, mereka akan berpindah ke tempat baru..kami meraikan mereka bersama rakan2 dan cikgu2.

Saya terpaksa meninggalkan anak kecil saya yang berumur 1 tahun dengan pengasuh untuk beberapa hari memandangkan saya jarak jauh dgn anak2 tadika. Dan, 2 hari sebelum majlis tu, kedua-duanya demam panas. Memang tak aktif langsung dan lesu je badan. Risau saya, sebab mereka bukan sahaja akan naik pentas untuk menerima sijil, tetapi juga membuat persembahan tarian mengikut kelas. Saya memantau keadaan mereka untuk pastikan mereka sihat pada hari majlis dan dapat merasakan kemeriahan dan keseronokan untuk terakhir kali bersama-sama dgn rakan2 dan cikgu2.

Tapi, pada hari majlis tu, anak2 masih belum sihat sepenuhnya dan masih lesu. Tapi, terpaksa juga dilepaskan pada cikgu2 utk meneruskan majlis. Kuat ye anak2! Itu je yang mampu saya doakan utk mereka. Saya simpan di sini sedikit kenangan sepanjang majlis utk tatapan anak2 bila besar nanti...

budak demam

senyum pun tak larat









persembahan fardhu ain


tarian 5 tahun - Humyra




kecik nye lah Humyra



tarian 6 tahun - Irdina





Irdina bersama best friend nya, Mecca Auli

cikgu2

cikgu pengetua

Humyra-Abah-Irdina


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...