Friday 1 July 2016

Pengalaman menerbitkan kertas jurnal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni dah masuk hari ke-26 puasa, dan hari ni kali pertama tak sedar sahur. Alarm yang selalu kejutkan bangun sahur jam 5 pagi pun tak kedengaran. Jaga-jaga, dah azan Subuh. Harap-harap ok lah puasa tanpa sahur. Bukan apa, sebab berbadan dua. Kalau tak, ok je. Selalu masa sahur ni saya takkan lepaskan makan kurma dan minum banyak air masak.

Dua hari lepas, saya dapat khabar gembira yang paper saya telah diterima untuk diterbitkan dalam Journal of Cleaner Production dengan Impact Factor 4.959! Seolah-olah tak percaya sebab bagi scholars dalam bidang yang sama dengan saya, Journal of Cleaner Production ni ialah salah satu jurnal yang amat tinggi nilainya. Alhamdulillah..

Sebelum diterima, saya telah menerima 2 kali review daripada reviewers. Satu persatu komen daripada reviewers saya perbetulkan, resubmit, dan akhirnya mereka sudah mengiktiraf paper saya. Sekarang, dalam proses printing, di mana saya perlu mengesahkan proof dan juga mengisi beberapa borang untuk tujuan penerbitan. Saya harap, proses ni tak memakan masa yang lama, dan kalau paper ni boleh diterbitkan sebelum saya viva, ia merupakan satu bonus untuk saya. Saya mula submit paper ni pada Januari 2016, dan setelah 3 bulan baru saya mendapat jawapan pertama daripada pihak jurnal, disertakan dengan komen daripada 2 reviewer (jumlah semua reviewer ialah 4 orang). Teruja saya bila dapat respon berserta komen, sebab sebelum-sebelum ni, saya dapat jawapan yang mengecewakan daripada jurnal-jurnal lain (akan saya ceritakan di bawah). Jadi, saya segerakan pembetulan berdasarkan komen daripada reviewers  dan resubmit kali pertama pada May 2016. Genap sebulan kemudian, saya terima jawapan kedua daripada pihak jurnal dengan komen daripada seorang sahaja reviewer, minor correction. Lagi teruja, tak sampai seminggu saya buat pembetulan dan resubmit kali kedua. 5 hari selepas tu, iaitu pada 29 Jun 2016, saya menerima emel daripada pihak jurnal yang paper tersebut telah diterima.


Sebenarnya, ini bukan hasil kerja saya seorang. Di samping saya dan 2 orang supervisor saya, saya ada berkolaborasi dengan seorang kenalan dari Serbia. Beliau seorang pensyarah di University of Belgrade, yang saya kenal melalui sebuah laman akademik, Researchgate. Pada mulanya, kami berkenalan kerana bidang kajian kami yang sama. Tak disangka, beliau mengalu-alukan kerjasama untuk sebarang research group atau apa-apa aktiviti akademik. Saya mengambil peluang ini untuk membuat kolaborasi untuk menerbitkan paper, memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam penerbitan paper. Beliau telah memiliki 60 penerbitan, sedangkan saya baru 2, itupun cuma Scopus-Indexed. Jadi, semestinya beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas. Usul saya beliau terima dengan hati terbuka dan setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua supervisor saya, kami mula berbincang tentang paper yang saya cadang untuk terbitkan. Pada mulanya saya agak risau kalau-kalau masalah jarak akan membataskan perbincangan kami, tapi ternyata kebimbangan saya meleset sama sekali. Beliau amat berkaliber. Setiap kali saya emel, beliau akan membalasnya paling lama pun dalam masa 2 hari. Jadi, kerjasama yang kami jalinkan ini amat berkesan dan membuahkan hasil. Beliau banyak membantu daripada segi skil penerbitan, macam mana nak tackle journal dan serba sedikit kandungan paper. Alhamdulillah, syukur sangat.

Nampak macam mudah kan? Sebenarnya tak. Sebelum keberjayaan kali ini, saya telah beberapa kali gagal. Beberapa kali paper saya direject, ada yang hanya sehari selepas saya submit.

Pada mulanya, supervisor saya mencadangkan saya menulis review paper. Jadi, saya usahakan memandangkan pada waktu tu (tahun ketiga pengajian), saya masih dalam proses mengumpul data dan belum ada apa-apa analisis dan results. Saya submit cubaan pertama paper ni ke Resources, Conservation and Recycling pada November 2011. 10 hari selepas submit, saya terima jawapan daripada pihak jurnal bahawa paper tersebut tak cukup kritikal untuk dikategorikan sebagai review paper.

Saya cuba perbetulkan paper tersebut dengan bantuan supervisor, dan submit cubaan kedua paper ni ke Journal of Material Cycles and Waste Management pada Januari 2015. Saya menerima respon daripada pihak jurnal bahawa ada format yang perlu diperbetulkan. Waktu tu, saya ingat paper ni ada peluang untuk diterbitkan. Namun, berita mengecewakan saya terima paper ni tak sesuai untuk diterbitkan dalam jurnal ni memandangkan kurang citation kepada paper daripada jurnal ni. Kalaulah diberi peluang, boleh saya tambah citation, tapi sayangnya pihak jurnal tidak berkompromi dalam hal ni.

Dengan 2 rejection ni, saya rasa dh serik nak buat review paper, yang mana saya baru sedar dan faham bahawa review paper amat susah sebenarnya. Jadi, saya letak tepi dulu paper jurnal dan saya fokus pada kajian saya. Lama saya berehat sehinggalah saya dah buat analisis dan dah ada result.

Saya cuba buat original research paper dengan menggunapakai result kajian saya. Waktu tu saya dah mula berkolaborasi dengan pensyarah dari Serbia tu. Cubaan pertama saya untuk paper ni saya submit pada September 2015 ke Resources, Conservation and Recycling. Sehari je selepas submit, saya menerima jawapan yang paper tersebut reject sebab ia terlalu spesifik dan tidak menyeluruh.

Kemudian, paper yang sama, saya perbaiki dan submit cubaan kedua ke Waste Management and Research pada Disember 2015. Seminggu selepas submit, jawapan yang sama saya terima, dengan alasan tiada novelty, methodology dan analisis tak cukup dan banyak lagi.

Cubaan ketiga, paper yang sudah diperbaiki saya submit ke Journal of Cleaner Production, atas saranan pensyarah dari Serbia tu juga. Walaupun pada mulanya saya agak tak yakin sebab dalam banyak-banyak jurnal yang saya cuba submit, Journal of Cleaner Production ni lah yang paling tinggi Impact Factor. Tapi, apa salahnya mencuba kn? Cuma, saya dah tak letak harapan tinggi dah kali ni. Lepas dah submit, saya fokus pula siapkan tesis untuk submission. Langsung saya tak ada risau, follow up atau tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak jurnal. Lagipun, syarat untuk submit tesis di universiti saya, minimum 1 published paper (Scopus-Indexed).

Sedar tak sedar, lepas 3 bulan saya menerima emel daripada Editor jurnal yang paper tersebut diterima dengan revision. Masa tu saya sedang finalize tesis. Selesai submit tesis pertengahan bulan Mei 2016, baru saya perbetulkan paper ni, dan proses-proses seterusnya sehingga berjaya. Alhamdulillah.  Saya kongsikan kejayaan ni dengan suami, tapi malangnya dia bukan dalam dunia research, jadi agak payah juga nak jelaskan. Tak apa, tak salahkan dia juga. Saya sendiri pun, kalau tak masuk dunia research ni, tak faham juga. Setelah melalui macam-macam cabaran ni, baru lah saya tahu nilai jurnal paper. Tu pun, ambil masa juga nak fahamkan ISI-indexed vs. Scopus-Indexed, Impact Factor dan sebagainya.

Mungkin bagi golongan profesor dan senior-senior,  kejayaan menerbitkan paper ni bukanlah apa-apa pun. Tapi, bagi beginner macam saya, ia adalah satu pencapaian.

Memandangkan saya sedang menunggu tarikh viva, ada masa terluang ni saya sedang menyiapkan original research paper yang kedua, baru siap draf. Harap-harap ada berita baik juga untuk paper ni.

Saya rasa cukup dah saya membebel, panjang dah ni. Sambung lain kali pula. Esok dah mula cuti raya, seminggu la tak jenguk blog ni nampaknya. Tahun ni sambut raya di kampung suami.

Selamat bercuti kepada semua, dan Selamat Hari Raya. Hati-hati di jalanraya dan terima kasih kerana sudi membaca sampai habis (^,^)v

2 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh anda share website untuk published paper scopus indexed X? Sbbnya sy byk jumpe Yg submit paper for conference...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusssalam...sis, kena ke website spesifik jurnal yang sis nak publish. Jadi, firstly, sis kena pilih ke jurnal mana sis nak publish. lepas tu tengok website that jurnal, ada requirement dan cara-cara nak submit..

    Sis +Rynn Arina, jurnal ada sangat banyak..beribu-ribu. Dan, ada yang etul2 professional, ada pulak yang business-oriented. Kena pilih yang betul2 dan well-known.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...